Soal jawab tendai

Apakah makna ilmu ini ada kaitan dengan ilmu hitam atau perkara –perkara yang boleh mensyirikkan ALLAH?
Tendai adalah singkatan daripada Tenaga Dalam Illahi. Ini bermakna tenaga dalam yang kita jana dan bangkitkan bersumber dari kekuatan yang ALLAH kurnia. Tiada sebarang amalan yang pelik atau sebarang zikir yang berat dan amalan yang berat.  Ia hanyalah pembangkitan tenaga dalam melalui transfer energi pembuka atau pembangkit dari Tendai Master kepada murid. Maka murid menerima pembukaan ilmu dan dibangkitkan tenaganya yang terpendam selama ini.

Apakah latihannya berat kerana kebiasaannya tidak mempunyai masa yang cukup untuk berlatih dan tidak dapat meluangkan masa…?
Latihan Tendai adalah yang termudah dalam ilmu tenaga dalam. Ia adalah himpunan dan ringkasan daripada ilmu – ilmu metafizik yang bertebaran di seluruh pelusuk nusantara, termasuklah juga dari Negara barat. Latihannya hanyalah 15 minit sahaja sekali latihan.  Latihannya hanya melibatkan olahan pernafasan. Tarik nafas tahan nafas dan hembus nafas. Tiada sebarang ayat yang terpaksa dihafal panjang-panjang atau susah.

Adakah selepas pengisian ilmu ini terus boleh digunakan? Adakah kesannya dapat dirasakan bahawa Energi itu telah ditransferkan?
Selepas pengisian dalam 20 minit, ilmu ini terus boleh digunakan. Kaedah penggunaannya akan dijelas dalam diklat panduan Aplikasi Tendai yang akan disertakan untuk Ahli baru.  Setelah pengisian anda akan dapat merasa samada terasa haba di telapak tangan , terasa semut-semut, kebas-kebas atau terasa mencucuk di hujung jari. Namun kesan ini berlainan pada setiap orang.

Adakah ilmu ini kekal sampai bla-bila? Adakah ia boleh hilang sekiranya melakukan sesuatu yang menyalahi agama seperti meninggalkan solat dan sebagainya?
Keilmuan yang telah diisi tidak hilang sampai bila-bila. Sepanjang hayat. Tiada sebarang pantang larang yang tidak boleh dilakukan. Sekiranya anda meninggalkan solat atau melakukan dosa , itu adalah tanggungjawab anda sendiri, dan ia adalah urusan anda dengan Tuhan.  Namun demikian sekiranya ingin mendapat keberhasilan ilmu ini dengan lebih baik,meninggalkan segala perkara yang dilarang agama adalah yang terbaik.

Adakah ilmu ini boleh dikuasai oleh semua orang ? Atau hanya orang yang sudah mempunyai hati yang bersih sahaja?
Sekali lagi diingatkan disini bahawa sesiapa sahaja boleh menguasai ilmu ini dan memperolehi hasilnya seperti yang diinginkan. Tidak mengira jenis apa sekalipun orang itu. Boleh dikuasai oleh semua bangsa dan agama.

Bolehkah saya belajar ilmu lain atau bolehkah ia serasi dengan ilmu yang pernah saya tuntut?
Boleh belajar ilmu lain dan tidak ada sebarang efek negative dengan mana-mana ilmu yang telah dipelajari dan tidak Berjaya. Insya ALLAH boleh dibangkitkan semula dengan jaya.  Namun segala ilmu hitam atau ilmu yang berunsur negative akan tertolak atau terkeluar secara automatik, tanpa meninggalkan sebarang kesan buruk.

Apakah ilmu ini boleh untuk apa jua hajat?
Ya, ilmu ini boleh digunakan untuk apa jua hajat anda. Penggunaannya tidak terhad. Cara penggunaannya amatlah mudah. Cuma niatkan didalam hati, maksudnya doa dalam hati minta apa yang kita inginkan. Kemudian tenangkan diri, rasakan getaran ,semut –semut atau haba pada telapak tangan.  Selepas itu selesai , itu sahaja. Ilmu ini tidak mendatangkan sebarang mudarat atau kesan negative mahupun kesan yang buruk kepada penuntutnya. Insya ALLAH.

Perlukah latihan untuk ilmu ini ? Sampai bila berlatih?
Latihan diperlukan untuk menstabilkan energy atau tenaga dalam badan yang telah diisi . ia diperlukan kerana anda telah menerima sesuatu yang baru dalam badan anda.Jadi ia perlu diserasikan dan diselaraskan mengikut kapasiti yang perlu anda tampung.  Sekiranya tiada latihan tersebut, energy tidak dapat serasi dengan anda. Namun ia tetap ada dan boleh digunakan tetapi anda terasa badan anda kurang enak dan kurang selesa.  Latihannya memerlukan 3 minggu untuk peringkat dasar. Ataupun bersamaan 21 hari. Ia bukanlah wajib dilakukan berturut-turut setiap hari. Apa yang penting ialah habiskan latihan selama 21 hari.

Adakah sukar untuk menggunakannya, bagaimana sekiranya saya ada sebarang masalah?
Selepas pengisian selama 20 minit, olahan pernafasan. Anda terus boleh menggunakan ilmu ini untuk apa saja. Segala jenis kegunaan dan panduan akan dijelaskan dengan terperinci dan mudah difahami akan disertakan.  Sebarang masalah anda boleh terus menghubungi saya melalui talian telefon, email, surat dan sms. Anda digalakkan untuk menyertai group Facebook kami untuk mendapat bimbingan terus menerus sesama ahli-ahli. Pelbagai perbincangan dan perkonsian ilmu terdapat dalam group Facebook kami.

Bilakah saya boleh belajar peringkat GURU?
Anda boleh terus belajar peringkat Guru. Ia lebih menjimatkan kerana kami memberi harga diskaun untuk peringkat dasar & master sekaligus dan memberi bonus semua keilmuan yang terdapat di web ini... Namun begitu anda perlu melalui latihan peringkat dasar selama 21 hari juga.

Bagaimana pula jika saya ingin terus belajar peringkat grandmaster dan supergrandmaster?
Anda boleh terus belajar peringkat grandmaster ke atas tanpa perlu melalui latihan dasar dan master. Dan pada peringkat grandmaster ke atas pula terima bersih tanpa sebarang latihan, jadi anda tidak perlu melakukan sebarang latihan. Ini lebih menjimatkan masa dan wang

No comments:

Post a Comment