Alasan untuk belajar Kundalini Reiki

Seringkali saya mendengar dari sahabat-sahabat dan orang di sekitar berkata takut nak belajar ilmu-ilmu olah tenaga ini. Antara dialog yang biasa didengari antaranya :-

"Saya takut tak boleh bawa..."
"Saya dengar reiki tu ada hantu...."
"Saya takut ada libatkan jin..."
"Saya takut nanti ilmu makan tuan..."
"Saya orang Islam, saya takut payah meninggal nanti"
Bla...Bla...Bla...

Dan ada jua ada yang memberi 1001 alasan menyakitkan hati antaranya :-


"Aku tak percaya ilmu tenaga-tenaga ni..."
"Aku hanya percaya ilmu yang melibatkan ayat Quran je..."

"Mak kau, mahalnya belajar reiki...."
Bla...Bla...Bla...

Banyak lagi ayat-ayat yang diterima sama ada POSITIF mahupun NEGATIF. Ayat-ayat ini selalu didengari oleh mereka yang ingin mengajar ilmu Reiki dan ilmu yang lainnya.

Saya perlu TEKANKAN DISINI bahawasanya REIKI TIDAK MELIBATKAN MANA-MANA AGAMA DI DALAM DUNIA INI DAN JUGA IA TIDAK MENGGUNAKAN PERANTARA JIN ATAU SYAITAN.......

Kundalini Reiki bersifat NEUTRAL dimana ia tidak mencampurkan agama didalam pengamalannya. Malah Pengamal Kundalini Reiki boleh aplikasikan agama mereka ke dalam pengamalan Reiki. Ini terpulang kepada pengamal sendiri sama ada MAHU tau TIDAK...Sebagai contoh seorang Islam boleh berzikir semasa mengamalkan Kundalini Reiki atau diam sekadar menghayati tenaga yang mengalir.

Kundalini Reiki juga tidak melibatkan perantara jin atau syaitan. Ada juga blog-blog tertentu yang mengatakan sebaliknya. Bagi saya, Kundalini Reiki adalah sekadar suatu pengamalan bagi mengalirkan TENAGA ALAM SEMESTA untuk kegunaan kita seharian disamping BERDOA mengikut kepercayaan masing-masing TANPA membataskan ia kepada MANA-MANA AGAMA.

Anda juga perlu faham, yang dikatakan Tenaga Alam Semesta itu berkait dengan tenaga yang berada di seluruh cakrawala ciptaan Tuhan. Sebagai seorang beragama Islam, saya percaya setiap benda yang dicipta oleh Tuhan berzikir kepada-NYA. Cuba bayangkan Malaikat, rumput, pokok pisang, kucing, tupai, manusia, malah batu sekalipun sentiasa berzikir kepada-NYA. Tenaga zikir ini bergetar dan memberi suatu aura untuk "memakmurkan" alam semesta. Selagi zikir berkumandang, selagi itu tenaga alam semesta tidak akan akan lenyap. Boleh dikatakan, tenaga ini bersifat INFINITI. Ia boleh diakses dan digunakan oleh semua benda hidup untuk "kemandiriannya"  di dalam kehidupan ini.

Kegunaan tenaga alam semesta bagi benda hidup antaranya untuk menyeimbangkan antara ion positif dan negatif yang bergetar di setiap atom-atom  yang wujud sama ada dalam bentuk pepejal, air dan udara. Atom-atom ini antaranya adalah benda-benda hidup termasuk ANDA. Jika tiada tenaga ini maka anda pun akan "MATI".

Tiada istilah "OVERLOAD" di dalam Kundalini Reiki. Tenaga yang diakses bersifat murni dan ia dipanggil jua sebagai tenaga pintar. Pengamal hanya mengalirkan tenaga sekadar mampu untuk memenuhkan "ruang kosong" yang wujud pada sesuatu medium yang dialirkan tenaga. Pengaliran secara automatik akan terhenti jika telah seimbang tenaga yang diperlukan. Disini boleh dikatakan tiada istilah "TAK BOLEH BAWA" di dalam Kundalini Reiki.

Mengapa perlu bayar mahar?? Tiada istilah "JUAL ILMU". Terpulang kepada anda sama ada anda mahu IKHLAS atau TIDAK. Pernah ada guru mengajarkan Kundalini Reiki secara PERCUMA tetapi guru itu kecewa kerana ilmu itu tidak dihargai dan janji hanya tinggal janji. Tujuan mahar yg pertama adalah sebagai ikatan antara guru dan murid, dan tujuan kedua adalah sebagai tanda komitmen bahawa anda benar-benar ingin belajar , bukan sekadar ingin cuba-cuba...

Tenaga Alam wujud selalu,
Tenaga Reiki bersifat pintar,
Ikhlas hati jangan melulu,
Jangan takut mahupun gentar.


Tulisan asal Master Azrul Azack

No comments:

Post a Comment