Apa itu metafizik?



Metafizik merupakan salah satu dari cabang utama ilmu falsafah. Ia membincangkan mengenai hakikat realiti, kewujudan dan dunia yang sebenarnya [1] yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan. Konsep ini mendapat namanya dari perkataan Greek μετά (metá) (bermaksud "selepas") dan φυσικά (physiká)(bermaksud "yang mengenai alam"), "yang mengenai alam" merujuk kepada karya purba mengenai alam oleh Aristotle. Metafizik menumpukan pada persoalan seperti:

- Apakah sifat realiti?
- Di manakah tempat manusia di dunia?
- Adakah warna objektif atau subjektif?
- Adakah dunia wujud di luar minda?
- Apakah sifat objek, peristiwa, tempat?

Ilmu metafizik lebih menjelaskan tentang hakikat insan yang mana tidak dijelaskan oleh ilmu fizik, kimia, biologi, dan lain-lain. Ini kerana metafizik menjelaskan tentang sesuatu yang tidak dapat dilihat dan dirasa oleh panca indera kita..

Contoh-contoh cabang aliran ilmu metafizik yang ada di Malaysia:

1.  Tenaga Dalam Ilahi (TENDAI) - Bela diri, konsultasi, penyembuhan. Kaedah terpantas untuk mengaktifkan minda bawah sedar, kekuatan dalaman, kekuatan ghaib dan segala hakikat insan. Sila baca bab Pengijazahan Tenaga Dalam Ilahi

2, Kundalini Reiki. Sila baca bab Pengijazahan Master Reiki

3. Aji Rajah Kalacakra. Sila baca bab Pengijazahan Aji Rajah Kalacakra.

4. Asma' Sungai Rajeh (Warisan Nabi Khidir as)

5. Ilmu Lam Jalallah

6. Budi Suci Sejati
.
.
.
.
.
.
.
.

dan berbagai lagi ilmu-ilmu metafizik yang bertebaran di dunia ini.. Kesemuanya adalah ilmu Allah. Syarat untuk belajar, PASTIKAN BERALIRAN PUTIH


No comments:

Post a Comment