Aura Dan Cakra


Aura adalah medan tenaga elektromagnetik yg berputar mengelilingi badan kita mengikut putaran lawan jam yg berbentuk bujur telur.  Medan tenaga ini berputar mengikut kelajuan tersendiri ( paling perlahan  di bahagian bawah  dan paling  laju di bahagian  crown chakra )
Medan tenaga ini (aura) mempunyai 7 pintu tenaga yg diwakili oleh warna- warna  pelangi yg berada di badan kita yg lebih dikenali sebaaagai  Chakra. Chakra ini berbentuk seperti bunga teratai kembang. Pintu – pintu  chakra ini menerima segala tenaga – tenaga positif di sekeliling kita dan tenaga –  tenaga  inilah yang membantu  kita membentuk keperibadian dan kerohaniah kita. Sekiranya pintu = pintu chakra ini tersumbat atau tertutup maka kemungkinan untuk kita terjebak di dalam konflik atau masalah yang menjejaskan perkembangan personaliti akan kita tempohi.  Maka sebab itu kita jadi  pemura, resah dan gelisah, berdendam, mudah marah,  kurang keyakinan , berfikiran negatif, pemalas, hilang semangat, malang bertimpa – timpa, rezeki payah, stress dan berbagai gangguan emosi, mental dan jiwa. Maka sebab itu terapi aura dan chakra perlu dilakukan segera sebelum penyakit fizikal muncul akibat gangguan emosi yang negatif.  Kaedah terapi reiki bertujuan merawat punca gangguan Image
Pintu Chakra  1 – Root atau akar (berada di bhg seksual)- Warna: Merah 
Pintu ini berkait rapat dgn survival, keyakinan diri,  keselamatan dan perlindungan . Tenaga dari chakra ini yg akan menjadikan kita berjaya dlm hidup, dlm perniagaan dan dlm pekerjaan. 
Sekiranya pintu chakra ini tersumbat, kita akan menjadi  seorang  yang penakut, sering kecewa, dan akan mudah mendapat gemuk (obesity, artritis dan sakit2 dibhg kaki) 
Pintu Chakra  2 – Belly (Sacral) atau bahagian  peranakan wanita – Warna: Oren 
Pintu ini mewakili sexuality,  semangat,  kreativiti, intuition and harga diri. Orang yang confident, kreatif dan open minded adalah orang yang menjaga pintu chakra 2 ini . Sekiranya pintu ini tersumbat, kita akan menjadi  seorang yang  suka mengongkong orang , negatif atau close minded. Masalah akibat  ini akan mendapat penyakit seperti kidney failure / buah pinggang,  sakit belakang..
Pintu ini mewakili kuasa peribadi (personal power), ego, passions, kemarahan & kekuatan. Org yg menjaga pintu tenaga ini adalah orang yg ceria, kreatif, intilek, daya fikir yang tinggi, rajin belajar,  outgoing, ada maruah diri, expressive and enjoy hidup dan challenges in life.
Sekiranya pintu ini tersumbat, kita tidak pentingkan harga diri, terlalu memikirkan apa yang orang lain fikir tentang dirinya, malas belajar dan berfikir  dan merasakan orang lain mengawal hidup kita.  Penyakit yang dihadapi akibat tersumbat pintu tenaga ini ialah sembelit, masalah usus dan pankreas / diabetis.
Pintu Chakra 4 – Heart (Jantung) Warna: Hijau 
Pintu ini mewakili emosi, kasih sayang, compassion dan kerohaniah (spiritual). Orang yg menjaga pintu tenaga ini adalah orang yg peramah, compassionate, orang yang sentiasa bersangka baik pada orang  lain, sabar dan tenang  serta penyayang.
Sekiranya pintu ini tersumbat akan mengakibatkan rasa  pemarah, takut dikecewakan dan tidak menghargai kasih sayang. Penyakit yang timbul berkaitan masalah jantung.
Pintu Chakra 5 – Throat (Leher) Warna: Biru 
Pintu ini mewakili pusat komunikasi samada melalui suara atau tulisan. Orang yang menjaga  pintu tenaga ini adalah orang yang  kreatif dalam penulisan, fikiran dan pemimpin yang bagus. Mudah bergaul dan disukai ramai. Rezeki mudah masuk dan perniagaan yang dijalankan akan maju atau kerjaya akan cemerlang.
Sekiranya pintu ini tersumbat, akan bermasalah dalam komunikasi, tidak disukai orang, tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri, pendiam dan takut dengan bayangan diri sendiri.
Pintu Chakra 6 – Third Eye (Mata ke3) Warna: Indigo 
Pintu ini mewakili pusat untuk kebolehan psikik, keupayaan  minda tinggi  dan spiritual yg tinggi. Org yg menjaga pintu tenaga ini adalah orang yang tahu apa yang ia mahu dalam  hidup,  mampu melakukan  telepati, daya focus yang baik, gerak hati yang kuat,  dan orang yang boleh melihat kehidupan orang lain. 
Sekiranya pintu ini tersumbat, sesorang itu tidak mempunyai daya firasat / gerak hati yang kuat untuk membantu membuat apa- apa keputusan dengan baik dan sesuai dengannya.
Pintu Chakra 7 – Crown (Ubun2) Warna: Violet & Putih 
Pintu ini mewakili wisdom, pusat spiritual, fikiran- fikiran yg dinamik dan tenaga- tenaga  yang bergelombang  alpha. Mampu berhubung dan menyatukan diri dengan alam semesta dan terhubung dengan Tuhan Yang Maha Pencipta. Orang yang menjaga pintu tenaga ini adalah org yg tinggi kerohaniannya, berfikiran tinggi dan positif.  Pintu tenaga ini adalah tempat kemasukan sumber energi  positif alam semesta untuk memenuhi keperluan energi dalam sistem bio energi atau system tenaga hayat manusia.
BAGAIMANA UNTUK MENJAGA  PINTU 7 CHAKRA?
  1. Menjaga amalan pemakanan yang seimbang dan bersifat alamiah
  2. Mengamalkan pernafasan dalam dan meditasi untuk ketenangan minda.
  3. Solat di awal waktu supaya gelombang warna yang dipancarkan oleh alam dapat dicerap ketika rukuk dan sujud (Baca bab Hubungan Solat Dan Cakra)
  4. Terapi aura dan chakra dengan mandi aura dari pati 7 jenis warna bunga
  5. Terapi Reiki dengan mengalirkan tenaga reiki di bahagian chakra (Baca bab Pengijazahan Reiki dan Soal Jawab Reiki)

2 comments:

  1. Aura ternyata adalah medan tenaga elektromagnetik yang ada di dalam tubuh. Informasi yang menarik mengenai aura dan cakra.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaykum wbt...boleh nak tau..camne saya nak blajar ye...brape maharnyenye...

    ReplyDelete